Kelas Intervensi Awal atau lebih dikenali sebagai KIA2M telah diperkenalkan bermula tahun 2006. Program ini diperkenalkan untuk menangani masalah murid tahun 1 yang tidak pandai membaca dan menulis. Dalam tempoh 6 bulan murid tahun 1 akan mengikuti modul yang dibekalkan. Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid akan diberikan ujian pelepasan. Sekiranya murid ini berjaya melepasi ujian tersebut, mereka akan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dikelas aliran perdana. Bagi yang tidak berjaya, mereka akan mengikuti kelas pemulihan.
Tahun 2010 diperkenalkan pula program baru iaitu LINUS akronim untuk Programme Literacy and Numeracy Screening dengan harapan semua murid akan dapat menguasai kemahiran asas literasi (celik huruf) dan numerasi (celik nombor) selepas tiga tahun iaitu pada tahun 2012 nanti. Perbezaannya diantar KIA2M dengan LINUS ialah penekanan terhadap kemahiran mengira. Operasi asas matematik digubal bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian mereka. Pelaksanaannya diwajibkan untuk SK, SJK(T), SJK(C) dan SABK.
Seperti KIA2M, LINUS juga mempunyai ujian saringan. Jika murid berkenaan lulus ujian tersebut maka murid berkenaan akan meneruskan proses pembelajarannya di kelas aliran perdana. Jika gagal akan kekal di kelas tersebut dan mungkin akan dirujukkan kepada doktor kerana kemungkinan murid berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Berbeza dengan KIA2M yang hanya melibatkan matapelajaran Bahasa Melayu, LINUS melibatkan matapelajaran Bahasa Melayu dan juga Matematik.
0 comments:
Post a Comment