Thursday, February 25, 2010

Learning Outcome 2:

Impak kepada keluarga yang memiliki anak bermasalah pembelajaran
Penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran amatlah penting. Kanak-kanak yang diterima merasa lebih baik dibandingkan dengan mereka yang tidak diterima oleh ibu bapanya. Selalunya ibu bapa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai konsep kendiri yang rendah dan mudah bersedih kerana membesarkan anak yang bermasalah ini. Sejak dari awal lagi, ibu bapa ini mula merasa resah. Mereka terpaksa memikirkan tahap kemampuan serta kebolehan penyesuaian mereka. Biasanya juga ibu bapa ini merasa malu berhadapan dengan masyarakat. Persepsi dan stigma masyarakat pada ibu bapa kanak-kanak ini menyebabkan rasa rendah diri dalam diri mereka.

Sokongan daripada segi emosi dan sosial daripada ahli keluarga yang lain, kawan-kawan, jiran dan profesional memainkan peranan penting dalam penyesuaian kepada ibu bapa bagi menghadapi keadaan ini. Sokongan dikalangan adik beradik dalam keluarga yang sama turut membantu ibu bapa ini menerima kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kehadiran kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini memerlukan banyak perubahan bagi keluarga tersebut. Isu-isu seperti keperluan fizikal dan psikologi, masa dan penjagaan, permintaan , penyesuaian keluarga menawarkan perubahan-perubahan yang unik dalam penyesuaian ini. Bagi keluarga yang dapat menyesuaikan diri dan menerima kehadiran kanak-kanak ini dengan baik kurang mengalami tekanan malah mempunyai hubungan yang baik dengan anaknya serta sentiasa berfikiran positif.
Tugas menjaga kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah tugas bersama ibu dan bapa. Walaubagaimanapun terdapat ibu bapa yang gagal manjaga anak mereka. Sesetengah daripada mereka menganggap kanak-kanak ini sebagai beban dan tekanan dalam perkahwinan. Ibu bapa yang bertanggungjawab dan profesional bersedia menguruskan keluarga walau dalam apa juga keadaan sekalipun. Ketika menghadapi kanak-kanak ini ibu bapa yang tidak bersedia memikul tanggungjawab menjadi keliru dengan peranan yang terpaksa diterima. Apabila keadaan ini terjadi, ibu bapa tersebut memerlukan bimbingan dan kaunseling bagi membantu mereka merancang semula peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya.

0 comments: