Saturday, February 20, 2010

Learning Outcome 1:

Pendidikan untuk kanak-kanak istimewa
Pendidikan khas adalah pembelajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mancapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Menurut Kirk (1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Ini adalah kerana keadaan mereka menyebabkan mereka tidak dapat menerima pelajaran dalam cara biasa. Murid-murid dengan keperluan khas adalah murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran dan masalah pembelajaran.
Pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas adalah sebahagian daripada perancangan dan perlaksanaan sistem pendidikan negara. Murid-murid ini diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan pengubahsuaian dibuat di mana perlu di dalam kelas. Ini disokong pula dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik supaya murid-murid ini mampu memperoleh pencapaian yang optimum. Program pendidikan khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori utama iaitu program pendidikan khas bermasalah pendengaran, program pendidikan khas bermasalah penglihatan dan program pendidikan khas integrasi.

Jika dilihat dari segi perkembangan pendidikannya terutama di alam persekolahan, kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini akan menunjukkan perbezaan berbanding kanak-kanak biasa. Biasanya kanak-kanak ini akan mengalami kegagalan untuk menguasai tugasan yang diberikan oleh guru, tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di dalam kelas, melakukan kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor dimana mereka akan membaca secara terbalik.

0 comments: